NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kos taja Fan Bingbing duta pelancongan Melaka hampir RM500,000

Kerajaan negeri berkata, hampir 1.2 bilion carian mengenai Fan Bingbing (kanan) sepanjang tiga hari di Melaka dengan carian untuk Melaka capai 445 juta


MELAKA: Kos tajaan melantik bintang antarabangsa Fan Bingbing sebagai duta setiakawan pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mencecah RM498,347.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Abdul Razak Abdul Rahman, berkata bagaimanapun kerajaan negeri hanya membelanjakan RM77,850 atau 16% daripada jumlah keseluruhan kos itu, manakala selebihnya ditanggung beberapa syarikat swasta lain.

“Kos RM77,850 itu hanya merangkumi kos promosi dan penganjuran program di Melaka, manakala RM420,497 pula ditaja oleh beberapa syarikat swasta yang merangkumi penerbangan, penginapan, pengangkutan, kos perkhidmatan profesional dan pemetaan projektor di Encore Melaka,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri.

Beliau menjawab soalan Dr Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) yang ingin tahu kos dikeluarkan kerajaan negeri dalam melantik Fan Bingbing sebagai duta setiakawan pelancongan Melaka.

Menjawab soalan tambahan Aleef tentang pulangan diterima kerajaan negeri, Razak berkata ia akan dibentangkan selepas kempen TMM2024 berakhir pada 31 Dis ini.

“Tentang pulangan, satu daripada pulangan yang kita nampak secara tak langsung ialah dari segi carian menerusi media sosialnya, Fan Bingbing ada 26 juta pengikut.

“Hampir 1.2 bilion carian mengenai Fan Bingbing sepanjang tiga hari beliau berada di Melaka dan carian untuk Melaka sahaja mencecah 445 juta. Ini satu pulangan yang tinggi kepada kerajaan negeri dengan kos yang rendah.

“Selain itu, Melaka akan menerima enam penerbangan antarabangsa sehari dari China yang akan berkunjung ke negeri ini pada September dan Oktober depan,” katanya.

Fan, yang mempunyai 63 juta pengikut di Weibo (platform media sosial di China mirip X) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.

Selain filem China, beliau juga pernah membintangi filem adiwira Hollywood, ‘X-Men: Days of Future Past’, selain filem Perancis dan Korea.

Pada 2017, Fan menghiasi kulit majalah Time dan beliau turut dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo