NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kilang paip HDPE antara usaha selesai isu kritikal air di Kelantan

Mohamed Fadzli menandatangani plak bagi merasmikan Kilang Paip Kel-Intaaj HDPE Sdn Bhd di sini pada Rabu.


KOTA BHARU - Pembukaan kilang Paip HDPE antara usaha kerajaan negeri menyelesaikan isu kritikal pembekalan air bersih dan terawat di negeri ini selain menarik pelabur untuk merancakkan ekonomi negeri.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, penilaian keadaan semasa ke atas Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mendapati di antara punca masalah bekalan air di Kelantan ialah keadaan paip yang uzur dan kecekapan sumber manusia yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Menurut beliau, kilang HDPE Kel Intaaj dimiliki oleh Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) yang juga syarikat induk AKSB dan mengadakan kerjasama dengan syarikat yang prominen dalam sektor pembuatan paip HDPE iaitu Dura Mine Sdn Bhd.

"Pengoperasian kilang ini turut membuktikan usaha kerajaan negeri meningkatkan kualiti khidmat bekalan air bersih di Kelantan," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Kilang Paip Kel-Intaaj HDPE Sdn Bhd di sini pada Rabu.

Hadir sama, Hadir Pengerusi Dura Mine Sdn Bhd, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Abdullah.

Mohamed Fadzli yang juga Pengerusi KUM memberitahu, bangunan kilang paip Kel Inttaj seluas kira -kira 3228 meter persegi dibina di atas tanah tapak kilang seluas 1.7 hektar yang dipajak daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Pada masa ini hanya dua unit mesin pengeluaran sahaja yang siap dipasang iaitu untuk pengeluaran paip HDPE yang bersaiz 110 milimeter (mm) hingga 225mm dan paip bersaiz 20mm hingga 75mm," katanga.

Bagaimanapun jelas beliau mesin berkenaan akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan pengeluaran.

Dalam pada itu, Mohamed Fadzli berkata, kerajaan negeri juga mewujudkan beberapa lokasi strategik sebagai kawasan industri termasuk Pasir Mas Halal Park, Tok Bali Industrial Park dan kawasan industri di Bandar Dato' Bentara, Gua Musang.



Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo