NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama UMNO-DAP hanya sekadar ‘duri dalam daging’ - UMNO Kluang



KLUANG - Kerjasama UMNO dengan DAP pada dasarnya tidak banyak memberikan manfaat kepada UMNO serta BN.

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday berkata, hubungan tersebut dilihat merugikan UMNO yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu.

"Malah kerjasama ini hanya menjadi 'duri dalam daging' apabila sering melakukan desakan terhadap perkara yang menggores perasaan orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO UMNO Bahagian Kluang di Dewan Kampung Melayu di sini pada Sabtu.

Mesyuarat perwakilan tersebut dirasmikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MMT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga Menteri Pengajian Tinggi.

Jais mengulas, usul yang dibawa UMNO Bahagian Kluang dalam mesyuarat perwakilan tersebut yang mahu UMNO bergerak solo bersama komponen BN iaitu MCA dan MIC untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Mengulas lanjut, beliau berkata, cadangan tersebut diusulkan melalui mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kluang yang mendapat sokongan sebulat suara perwakilan.

Katanya, UMNO yang menerajui BN perlu bersama parti komponen gabungan itu untuk mendapatkan semula sokongan serta undi lebih banyak daripada orang Melayu.

"Kita juga mencadangkan agar UMNO negeri, bahagian dan cawangan diberikan mandat menentukan sendiri strategi kemenangan mengikut kesesuaian adat dan budaya di kawasan masing-masing namun tetap mendengar nasihat serta panduan UMNO Pusat," katanya.

Menurut Md Jais, UMNO Pusat juga perlu membantu daripada segi pendanaan politik untuk memastikan gerak kerja parti dapat diperkukuh sebelum tiba musim PRU16.

"Dalam masa sama, ahli-ahli parti perlu menjalankan program berteraskan jati diri supaya sentiasa bersemangat mempertahankan parti keramat orang Melayu ini secara keseluruhannya," ujarnya.

Tambah Md Jais lagi, kepimpinan parti di pelbagai peringkat juga digesa mula menggerakkan aktiviti menjurus kepada PRU16 bagi memastikan UMNO atau BN secara keseluruhan sentiasa bersedia dengan pendekatan dan strategi yang menyumbang kepada kemenangan.


Sumber | Sinar Harían












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo