NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan fokus laksana subsidi diesel sebelum tarik subsidi petrol

Kementerian Ekonomi berkata, penyasaran subsidi diesel dijangka dapat menjana penjimatan RM4 bilion dan memberi ruang fiskal lebih luas kepada kerajaan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.


KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi menegaskan tumpuan dan keutamaan diberikan kepada pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasaran subsidinya stabil, sekaligus mencapai objektif ditetapkan.

Namun, kerajaan juga sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95.


“Inisiatif penyasaran subsidi bahan api yang telah dimulakan dengan subsidi diesel ini dijangka dapat memastikan kemampanan ekonomi negara dengan mengurangkan ketirisan susulan aktiviti penyeludupan dan impak kepada kos sara hidup rakyat.

“Melalui pendekatan ini, penyasaran subsidi diesel dijangka menjana penjimatan sebanyak RM4 bilion dan dapat memberi ruang fiskal lebih luas kepada kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.


Kementerian itu menjawab soalan Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) bilakah subsidi bersasar akan dilaksanakan dan apakah mekanisme pelaksanaan tersebut.

Kementerian Ekonomi berkata, berdasarkan tanggungan besar bagi subsidi bahan api sedia ada, ada keperluan untuk kerajaan menyasarkan semula subsidi bahan api dan usaha itu juga dijangka dapat membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal antara 3.5% hingga 3% kepada keluaran dalam negara kasar menjelang 2025.

Menjawab soalan apakah berlaku pertindihan antara program Pangkalan Data Utama (PADU) dan Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani), Kementerian Ekonomi menjelaskan berdasarkan pendekatan keseluruhan kerajaan dalam merangka serta melaksanakan agenda pembangunan negara, program sedang dilaksanakan saling berhubung kait dan mendokong matlamat kerajaan.

“Pada masa kini, PADU masih dalam peringkat penambahbaikan dan pengintegrasian data akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.”



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo