NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan Sg Bakap akan beri kesan pada Nenggiri, kata Veteran Umno

Calon PN Abidin Ismail menang pada PRK Sungai Bakap semalam, meraih 14,489 undi dan majoriti 4,267 undi. 


PETALING JAYA: Keputusan PRK Sungai Bakap yang menyaksikan calon kerajaan perpaduan tewas akan beri kesan besar pada pilihan raya di Nenggiri pada 17 Ogos depan, kata Veteran Umno.

Setiausaha Veteran Umno, Mustapha Yaakub, percaya Umno akan berdepan cabaran yang sukar untuk mememangi Nenggiri.

“Jentera Umno mesti berkerja kuat untuk menawan Nenggiri walaupun majoriti yang diperolehi PN dalam PRU yang lalu hanya 810 undi,” katanya dalam kenyataan.

Keputusan PRK Sungai Bakap semalam menyaksikan PN berjaya mempertahankan DUN berkenaan dengan calonnya, Abidin Ismail meraih 14,489 undi berbanding 10,222 undi diperoleh calon PH Joohari Ariffin, menang dengan majoriti 4,267 undi.

Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, terdapat pengurangan ketara dalam peratusan keluar mengundi, terutama dalam kalangan pengundi Cina, menyumbang kepada kekalahan PH.

Katanya, peratusan keluar mengundi dalam kalangan masyarakat Cina dianggarkan 49%, merosot sebanyak 13% daripada angka pada PRN lepas.

Mustapha berkata pihaknya maklum pemimpin DAP gagal mendekati pengundi Cina. “Ada yang tidak tahu pun ada PRK di Sungai Bakap. Ada yang memberitahu mereka tidak mahu keluar mengundi tanpa sebab.”

Veteran Umno bagaimanapun tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, berhubung peratusan keluar mengundi yang rendah itu.

“Kita tidak mahu menjadi pahat yang berbunyi setelah rumah siap, tapi yang pasti ada sesuatu yang tidak betul,” katanya.

Dalam pada itu, Veteran Umno turut maklum laporan tentang majlis makan malam yang dihadiri Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng daripada DAP, yang mana hadirin bertepuk tangan apabila keputusan PRK Sungai Bakap diumumkan.

Mustapha menyifatkan perkembangan itu sebagai menghairankan, memandangkan DAP merupakan rakan lama PKR, yang meletakkan calon di Sungai Bakap.

“Mesti ada yang tidak kena,” katanya.

Lim menceritakan pengalaman itu di X, semalam. Menurutnya, majlis makan malam itu dihadiri ‘beberapa ribu’ orang.

Dalam analisis awal pasca keputusan PRK Sungai Bakap, penganalisis berkata pengundi Cina tidak ‘ghairah’ keluar mengundi dan memilih PH kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan berhubung ekonomi.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar menjelaskan, kekecewaan terhadap pencapaian pemulihan ekonomi dan tidak gembira dengan penyasaran subsidi diesel melatari pandangan pengundi yang ditemui.

Manakala Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjangkakan ‘protes’ daripada kumpulan berpendapatan menengah dan tinggi yang tidak menikmati bantuan subsidi.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo