NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenaikan harga mendadak, Muat turun ‘Price Catcher’, bantu KPDN

Fahmi Fadzil mahu Komuniti Madani maklum pegawai penerangan daerah jika mengesan berlaku kenaikan mendadak harga barang. 



CYBERJAYA
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti Madani untuk memuat turun aplikasi 
Price Catcher
 bagi membantu Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.

Beliau berkata, melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh membuat perbandingan harga dengan mudah dan sekiranya mereka mengesan kenaikan mendadak ke atas harga barangan tertentu, Komuniti Madani boleh memaklumkan kepada pegawai penerangan daerah yang bertugas di komuniti masing-masing.


“Maklumkan di tempat masing-masing apa produk yang ada, apa kesukaran, supaya kita boleh bekerjasama dengan KPDN untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.

Inilah antara fungsi dan tugas kita sebagai komuniti Madani,

 katanya dalam pertemuan dengan kira-kira 2,000 ahli Komuniti Madani dalam sesi bersempena majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.


Aplikasi Price Catcher yang dibangunkan KPDN itu memaparkan harga 480 barangan terpilih di pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini, dan kedai runcit yang dipantau.

Terdapat enam kategori barangan dipantau iaitu barangan segar, barangan kering, barangan berbungkus, susu dan barangan bayi, produk kebersihan serta minuman.

Fahmi turut berharap Komuniti Madani yang merupakan badan sukarela daripada pelbagai kaum dan latar belakang itu, dapat memainkan peranan lebih serius dalam memantau harga barang, terutama selepas kenaikan gaji penjawat awam pada Disember nanti.

Komuniti Madani yang ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan ditubuhkan sejak Jun tahun lalu, berperanan membantu menggerakkan komunikasi kerajaan dengan lebih berkesan.


Program Pemukiman Komuniti Madani merupakan program bicarawara secara santai dalam memperkasakan kefahaman, dasar, inisiatif, hala tuju dan strategi kerajaan dengan menghimpunkan ahli Komuniti Madani di Semenanjung.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo