NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kejayaan STPM bukti kemajuan positif pelajar Kelantan




KOTA BHARU: 
Seramai 785 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Kelantan tahun lepas berjaya memperolehi 5 Prinsipal.

Jumlah itu meningkat berbanding 717 calon pada STPM 2022, mencatat peningkatan seramai 68 pelajar.

Seramai 3,771 calon menduduki STPM 2023 di Kelantan berbanding 3,356 calon pada tahun 2022 dan calon persendirian seramai 11 orang.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri amat berbangga dengan pencapaian 82.18 peratus atau 3,099 calon di Kelantan mendapat kelulusan 4 dan 5 Prinsipal.

Katanya mengatasi pencapaian peringkat nasional yang mencatat 76.21 peratus atau 31,527 calon.

“Ini bermakna Kelantan mengatasi peringkat nasional sebanyak 5.97 peratus. Keputusan itu peningkatan sebanyak 0.04 mata berbanding tahun sebelumnya.

“Oleh itu kerajaan negeri merakam ucapan tahniah kepada semua calon peperiksaan STPM 2023 yang berjaya mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sebanyak 2.97 mata” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

PNGK Kelantan mengatasi purata peringkat nasional sebanyak 0.33 peratus, iaitu 2.84 mata.

Seramai 90 calon mendapat PNGK 4.0, di mana 35 orang daripada mereka memperoleh semua A bagi lima mata pelajaran, manakala 55 lagi mendapat empat A daripada empat mata pelajaran yang diduduki.

Dr Mohamed Fadzli juga berkata, pencapaian tersebut hasil usaha gigih, dedikasi dan komitmen yang tinggi semua calon.

“Bilangan calon yang mendapat PNGK 3.0 ke atas juga meningkat seramai 309 orang daripada 1,650 calon pada tahun 2022 kepada 1,959 calon (2023).

“Peningkatan itu menunjukkan kemajuan positif dalam bidang pendidikan di Kelantan,” ujarnya.

Timbalan Menteri Besar turut mengucap tahniah kepada 47 daripada 60 sekolah di Kelantan yang mencatat kelulusan 100 peratus, manakala 13 lagi sekolah mencatat 96 peratus ke atas.

Tiga sekolah yang memperolehi kelulusan penuh ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Kota Bharu dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.66, diikuti SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas (3.44) serta SMK Zainab 1 (3.42).

“Marilah kita terus memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak kita dalam mengejar kejayaan pada masa akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/7/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo