NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedudukan Umno ‘strategik’ hadapi PRU16, kata Azalina

Azalina Othman Said berkata, beliau membincangkan pelbagai isu dan berkongsi beberapa strategi dalam menghadapi cabaran semasa dengan perwakilan Umno Bukit Mertajam hari ini. 



PETALING JAYA
Umno, salah sebuah parti utama dalam kerajaan perpaduan, berada dalam kedudukan strategik dalam persediaan menghadapi PRU16, kata Azalina Othman Said.

Ketua penerangan Umno itu berkata, kedudukan semasa parti itu membolehkannya mengukuhkan sokongan menjelang PRU16.


“Dalam ucapan sewaktu merasmikan Persidangan (Perwakilan Umno Bukit Mertajam), saya mengingatkan ahli parti bahawa kita berada dalam kedudukan yang strategik untuk mengukuhkan parti dalam persediaan menghadapi PRU16.

“(Dalam kapasiti saya selaku ketua penerangan Umno, saya menyentuh) pelbagai isu semasa, terutama perkongsian beberapa strategi dalam mendepani landskap komunikasi masa kini yang begitu mencabar dengan kepesatan teknologi kecerdasan buatan (AI).


Diharapkan dengan perkongsian saya tadi, sedikit sebanyak ia dapat menyuntik semangat ahli parti untuk bersama-sama saf kepimpinan utama Umno dalam mengembalikan kegemilangan parti keramat ini,

 katanya menerusi hantaran di platform media sosial X.

Sokongan Melayu terhadap Umno semakin merosot sejak PRU13, dan susulan pilihan raya berikutnya pada 2018, pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama enam dekad berakhir.

Umno mencatatkan prestasi pilihan raya terburuknya dalam PRU15 pada 2022 dengan hanya memenangi 27 kerusi dan 31% undi popular.

Susulan itu, BN membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) dan beberapa parti lain selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah dalam Dewan Rakyat.


Walaupun BN masih belum membuat keputusan rasmi mengenai pakatannya dalam PRU16, pengerusinya Zahid Hamidi menegaskan, gabungan itu akan meneruskan kerjasama dengan PH pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, BN boleh bergerak solo pada masa akan datang sebaik sahaja Umno memulihkan kekuatannya.

Pada masa ini, katanya, Umno mesti menumpukan pada usaha memperkukuh dan meremajakan parti.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo