NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan Ulangi Kezaliman!

JANGAN ULANGI KEZALIMAN!

Saya mendapat khabar dari tanahair PDRM menahan seorang aktivis parti pembangkang di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur tengahari ini.

Berita yang diterima menyebut beliau ditahan dibawah Akta Hasutan sebaik selepas hadir dalam satu perbicaraan di Mahkamah yang sama.Permintaan dan kesediaan beliau untuk hadir ke mana2 Balai Polis sebaik selepas Solat Jumaat juga tidak dihiraukan.

Saya amat kesal dan mendesak kerajaan ini dan PDRM hentikan tindakan tak bertamadun ini!Bukankah kerajaan Madani itu sendiri kata asas bagi Tamadun?Mengapa lakukan perbuatan tidak bertamadun seperti ini?

Saya tidak lagi aktif dan tiada urusan serta kepentingan di Malaysia serta mana2 pihak tetapi saya terpanggil untuk beri peringatan kerana kita pernah dizalimi dahulu.Kita dizalimi disebalik akta drakonian ISA (sudah mansuh), OSA ,Akta Hasutan dll.Mengapa perlu kita lakukan perkara yang sama?

Sekiranya aktivis pembangkang lakukan kesalahan fitnah,menghasut terhadap sesiapa termasuk PM sekalipun, saman fitnah boleh dibuat.Bukan dengan peralat PDRM menangkap dan menahan seolah2 mereka penjenayah bersenjata!

Dalam episod penyiasatan Hishamudin Rais baru-baru ini (sebelum PRK Sg Bakap) saya telah ingatkan kerajaan ini jangan sekali-kali ulangi perbuatan zalim, barbaric,tidak bertamadun seperti yang pernah dilakukan kerajaan dahulu.Rakyat terutama orang muda benci pada unsur kezaliman seperti ini.
Di Sg Bakap pengundi dan rakyat sendiri telah beri peringatan jelas dan keras.Baru beberapa minggu PRK berlalu kerajaan lakukan tindakan berunsur kezaliman seperti ini.Apakah kerajaan ini juga sudah jadi pekak dan tuli sepertimana kerajaan dahulu yang kita sendiri katakan mereka pekak dan tuli selepas kita dizalimi?

Jangan ulangi kezaliman!

Bekas tahanan ISA,OSA (2001-03) OKT AKTA HASUTAN,AKTA POLIS.

12 Julai 2024, 6 Muharam 1446H

Nota : Mohamad Ezam Nor akan kembali ke medan rakyat, insyaAllah! #lawanAnwar

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo