NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jaminan PM hanyalah ‘kata indah penyeri mata’ - Azimah

PAGE berkata, sebelum ini 5.5% atau 2,200 tempat matrikulasi disediakan kepada pelajar Cina, selain 3.5% atau 1,400 kepada pelajar India. 


PETALING JAYA: Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) berpandangan tiada benda baharu berhubung jaminan kerajaan ke atas pelajar bukan Bumiputera cemerlang SPM 10A ke atas melanjutkan pengajian ke matrikulasi.

Pengerusinya, Noor Azimah Abdul Rahim berkata hakikatnya pelajar cemerlang lepasan SPM sudah pun mempunyai tempat matrikulasi mereka berdasarkan sistem kuota sedia ada.

“Jika dilihat sistem kuota sedia ada, dalam 40,000 tempat matrikulasi, 90% adalah untuk Bumiputera, 5.5% atau 2,200 tempat untuk pelajar Cina dan pelajar India diberi 3.5% atau 1,400 tempat.

“Kemungkinan besar pelajar cemerlang 10A yang memohon sudahpun ada tempat matrikulasinya berdasarkan sistem kuota ini,” katanya kepada FMT.

Azimah turut menyifatkan jaminan itu semata-mata ‘kata indah penyeri mata’ yang sebenarnya tiada isu.

Pada Isnin, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Jemaah Menteri bersetuju pelajar bukan Bumiputera yang mendapat keputusan cemerlang SPM 10A ke atas layak melanjutkan pengajian ke matrikulasi.

Dalam pada itu, Azimah berkata jika diteliti dengan mendalam, kebanyakan pelajar SPM hanya mengambil sembilan subjek sahaja.

Beliau mempersoalkan adakah ramai pelajar bukan Bumiputera yang meraih 10A SPM mahukan tawaran matrikulasi.

“Mereka lebih impikan ialah biasiswa JPA yang menawarkan kemasukan di universiti luar negara, ataupun mahukan jaminan penempatan untuk jurusan doktor perubatan,” katanya.

Azimah berkata, pelajar cemerlang dilihat lebih memandang ke negara lain untuk destinasi mereka menyambung pelajaran.

Beliau berkata, antaranya ada pelajar yang mempunyai impian mendapat biasiswa Asean Kementerian Pendidikan Singapura.

“(Ada yang sudah) menunggu dan mencari pelajar (paling) cemerlang dan membimbing mereka dari mula.

“Kita berpeluang untuk memikirkan dan menghalang krisis ‘brain drain’ ini dengan memberikan penawaran yang setara kepada semua pelajar yang paling cemerlang,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo