NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isytihar putus hubungan, Pemuda PAS Johor anggap Gerakan ‘terburu-buru’

Ahmad Nawfal Mahfodz berkata ruang perbincangan dengan Pemuda Gerakan Johor yang diketuai Teo Jin Wei masih luas untuk menyelesaikan isu berbangkit.



PETALING JAYA
Pemuda PAS Johor menganggap kenyataan sekutunya yang ingin memutuskan hubungan susulan kontroversi pengumpulan dana sekolah Cina sebagai terburu-buru.

Ketuanya Ahmad Nawfal Mahfodz berkata ketika ini tidak timbul sebarang isu melibatkan perkara berkenaan di Johor, sambil menambah masih banyak ruang perbincangan boleh dicapai dengan Pemuda Gerakan.

“Apapun kalau rasa itu pendirian yang menguntungkan dia, mungkin dia akan nampak kesannya apa nanti, pada kami, kami tak ada masalah.

Tapi kami rasa kenyataan itu terburu-buru,

katanya kepada FMT mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Johor Teo Jin Wei yang mengisytiharkan putus hubungan dengan Pemuda PAS negeri itu.

“Apapun kalau rasa itu pendirian yang menguntungkan dia, mungkin dia akan nampak kesannya apa nanti, pada kami, kami tak ada masalah.

Tapi kami rasa kenyataan itu terburu-buru,

katanya kepada FMT mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Johor Teo Jin Wei yang mengisytiharkan putus hubungan dengan Pemuda PAS negeri itu.

Hari ini, media berbahasa Cina Oriental Daily melaporkan Teo berkata Pemuda Gerakan Johor hanya akan menjalinkan kembali hubungan dengan sekutunya jika mereka memohon maaf kepada masyarakat Cina dan menarik balik serangan dalam isu tajaan syarikat arak di sekolah.

Nawfal berkata pihaknya enggan berbuat demikian kerana pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) jelas menyatakan pendanaan sedemikian tidak dibenarkan.

“Kami tak akan minta maaf kerana tiada keperluan pun kami minta maaf, paling penting semua, bukan hanya Gerakan, semua masyarakat umum pun tahu perkara ni ada dalam perundangan dan pekeliling KPM keluarkan.

Kita Kembali kepada undang-undang. Kenapa perlu cetuskan rasa seperti minta maaf kerana kita ikut perundangan, jadi memang prinsipnya kami tak akan kerana tak ada keperluan minta maaf, 
katanya yang juga ketua Pemuda PN Johor.

Dua rakan dalam PN itu saling berbalas kenyataan berhubung isu dana sekolah apabila Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari pada Ahad lalu, menyuarakan rasa ‘sangat kecewa’ terhadap Gerakan dan tidak menolak kemungkinan memutuskan hubungan berhubung sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina.

Ia susulan kenyataan Presiden Gerakan Dominic Lau sehari sebelum itu yang menegaskan KPM tidak seharusnya menyekat ‘syarikat tertentu’ menyumbang dana kepada sekolah Cina.

Dominic mengulas keputusan Jemaah Menteri mengekalkan garis panduan sedia ada berhubung penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah, antara lain menggariskan aktiviti sumbangan kepada sekolah tidak boleh memapar serta mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

Bagaimanapun, Kabinet akan memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan melalui lembaga pengelola sekolah dan yayasan, seperti diamalkan sejak beberapa pentadbiran terdahulu dan tidak pernah dipertikaikan mana-mana pihak.

Kenyataan Fadhli itu kemudiannya disambut Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong yang menyatakan kesediaan parti itu keluar PN dan menegaskan usaha menyokong sekolah Cina mengumpul dana di sebalik ancaman sekutunya.

Menyusuli kenyataan itu, Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya tiada halangan jika Gerakan ambil keputusan keluar PN kerana setiap parti ada hak dan pendirian.



Sumber | FMT Malaysia 













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo