Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata masalah berkaitan media sosial kian membelenggu rakyat sehingga ada yang mengambil tindakan keterlaluan.
Sehubungan itu beliau mengarahkan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, untuk mengambil tindakan segera berhubung isu lambakan berita palsu, penipuan dan buli siber dalam media sosial di negara ini.
"Saban hari, masalah media sosial semakin membelenggu rakyat, sama ada sebaran berita palsu mahupun menjadi mangsa 'scam'. Terkini, terdapat mangsa buli siber sehingga ada yang bunuh diri.
"Tan Sri (Pengerusi MCMC), di hadapan semua termasuk Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali), saya arahkan awak untuk buat sesuatu (berhubung isu itu)," katanya.
Tambahnya, antara langkah kerajaan membendung masalah berkenaan ialah mengambil tindakan terhadap pemilik platform media sosial.
Sumber : Berita Harian
#Boikotsampaimerdeka #TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment