Menerusi analisis yang dilakukan oleh QGenAnalysts, netizen cenderung untuk memberikan komen negatif terhadap kerajaan di laman Facebook dan TikTok, di mana mereka memberikan pandangan bahawa dana hanya akan diperoleh kerajaan negeri Sarawak apabila menghampiri Pilihan Raya Negeri (PRN).
Di laman X pula, 55 peratus netizen cenderung memberikan komen negatif Timbalan Premier Sarawak, Dr. Sim Kui Hian dan wartawan. Manakala 45 peratus pula memberikan komen negatif terhadap kerajaan.
“Majoriti komen netizen berkisar tentang kerajaan negeri perlu tunggu dahulu dan wartawan sengaja ‘clickbait’ isu ini. Fokus perbincangan netizen lebih terarah kepada kerajaan yang suka menabur janji” katanya menerusi analisis berkenaan.
Berita mengenai kerajaan negeri yang akan terus melaksanakan projek-projek membaiki dan menaik taraf sekolah dan klinik daif menggunakan dana sendiri turut mendapat perhatian daripada kalangan netizen.
Ia telah mencetuskan reaksi negatif di media sosial seperti Facebook, TikTok dan X, di mana ramai yang bersikap skeptikal terhadap janji kerajaan. Majoriti interaksi di platform-platform tersebut berasal dari portal-portal berita tempatan, dengan fokus perbincangan netizen adalah pada kekecewaan terhadap janji-janji kerajaan yang belum ditepati.
Walaupun Sarawak masih belum menerima peruntukan seperti yang dijanjikan oleh PMX, kerajaan negeri dilaporkan akan tetap meneruskan projek-projek tersebut menggunakan dana sendiri seperti diperuntukkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg.
Menurut pengumuman beliau pada 22 Jun lalu, peruntukan RM200 juta telah disediakan bagi mempercepatkan pembaikan dan peningkatan fasiliti di kawasan luar bandar, dengan harapan ianya akan dibayar balik oleh kerajaan persekutuan. – HARAKAHDAILY 23/7/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment