NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isham jalil pertimbang saman Pengerusi UMNO Selangor




Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil sedang pertimbang untuk saman Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Megat Zulkarnain Omardin selepas didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.


Dalam kenyataan yang dikongskan di akaun Facebook, Isham mendakwa Megat yang juga Pengerusi Umno Selangor membuat pelbagai dakwaan menerusi siaran Live TikTok baru-baru ini.


“Kononnya saya telah meminta jawatan Pengerusi RISDA atau Pengerusi FELCRA kepada Presiden UMNO selepas UMNO menjadi kerajaan dan kononnya akibat tidak dapat jawatan ini, saya telah menyerang kerajaan,” antara dakwaan yang Isham nafikan.


Menurut Isham, peguamnya akan meneliti setiap  kenyataan yang dibuat Megat dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya kelak.


Sumber: FB Isham Jalil


#BoikotSampaiMerdeka 

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo