NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isham Jalil diugut ‘tone down’ atau berdepan pendakwaan di mahkamah




Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa Peguam Negara telah bertukar fikiran untuk mendakwa beliau di mahkamah atas tuduhan menghina mahkamah ekoran kenyataan yang dibuat berhubung kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Isham berkata perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya, Tan Sri Azhar Azizan semalam.


Terdahulu, bekas pemimpin UMNO itu mendakwa menerima satu panggilan telefon mengugut beliau supaya “tone down” ketika berkempen di Sungai Bakap atau berdepan tuduhan menghina mahkamah.


“Saya kata kepada pengugut itu tidak mengapa, sila teruskan saya tidak akan diam diri dan saya akan lawan.


“Hari ini saya dimaklumkan bahawa Peguam Negara akan teruskan tuduhan kepada saya dan mahu saya bayar denda atau dipenjara,” katanya dalam kenyataan yang dimuat dalam akaun Facebook beliau hari ini.


Mengulas lanjut, Isham menjelaskan bahawa dua bulan lalu, Peguam Negara menawarkan untuk menarik balik tuduhan tersebut terhadap beliau sekiranya membuat permohonan maaf di mahkamah.


Ujarnya, tawaran itu dipersetujui untuk mengurangkan kos guaman sebelum beliau menghantar representasi memohon maaf di mahkamah.


Sumber: FB ISHAM JALIL


#Boikotsampaimerdeka


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:


https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi


#TvPertiwi\


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo