NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isham Jalil cabar Tok Mat tanding presiden Umno

Isham Jalil (kanan) mencabar Mohamad Hasan bertanding jawatan presiden Umno untuk mengubah kepimpinan parti itu.



GOMBAK
Isham Jalil mencabar Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan bertanding jawatan presiden parti, sekali gus membawa Umno keluar daripada gabungan kerajaan perpaduan.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu mendakwa, keputusan terbabit akan turut disokong oleh akar umbi parti yang tidak mahu lagi terus dipimpin oleh Zahid Hamidi.


Tok Mat kata akan kekalkan jawatan timbalan presiden. Lawanlah Zahid Hamidi. Lawan presiden, banyak akar umbi Umno akan sokong,

 katanya ketika siri jelajah Gelombang Selamatkan Malaysia di sini, malam tadi.

Selain itu, Isham berkata Umno tidak boleh lagi menunggu terlalu lama untuk membuat keputusan khususnya dalam menghadapi PRU16.

Katanya, parti itu perlu memutuskan segera sama ada untuk bersama Pakatan Harapan (PH) atau bertanding solo dengan menggabungkan semula kekuatan parti Melayu Islam menerusi Muafakat Nasional (MN).

“Sekarang ada mesyuarat di peringkat bahagian, cawangan (Umno), Zahid kata nak pergi PRU16 dengan PH, Tok Mat kata nak bertanding solo. Saya nak cakap pada mereka, banyak bahagian dah buat keputusan untuk bertanding solo.

“Saya ingin sampaikan kepada Tok Mat, kalau nak solo, buat keputusan sekarang. Keluar kerajaan perpaduan, sertai MN balik. Kalau nak keluar, keluar sekarang. Jika keputusan ‘last minute’, kita akan pecah undi dan Zahid akan menang semula.

Objektif kita sebelum PRU16 untuk kembalikan MN supaya parti Melayu Islam, PAS, Bersatu, dan Umno bergabung, baru boleh menang. Umno ‘original’ nak dengan kita,

katanya.

Terdahulu, Mohamad dilaporkan berkata tiada jaminan Umno bersama mana-mana gabungan politik berdepan PRU16 nanti kerana ia tidak terikat dengan sebarang parti untuk bergabung.

Katanya, Umno sebaliknya hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan kerajaan bagi menguruskan negara.

Bagaimanapun, Zahid pada Jun lalu dilaporkan berkata Barisan Nasional (BN) akan terus bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU16 dan masing-masing bertanding menggunakan lambang sendiri.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo