NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Imam Tersalah Takbir 5 Kali Solat Jenazah

IMAM TERSALAH TAKBIR LIMA KALI SOLAT JENAZAH

SOALAN :

Ketika solat jenazah imam tersalah takbir lima kali. 
Apakah sah solat imam dan makmum?

JAWAPAN :

Bermula setengah daripada rukun solat jenazah itu ialah mengankat takbir sebanyak empat kali.

Jika imam takbir kali yang kelima samada sengaja atau terlupa nescaya solatnya itu sah cuma makmum disunatkan tidak takbir yang kelima bersama imam dan makmum boleh memilih antara memberi salam atau menunggu untuk salam bersama imamnya.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

(وَلَوْ خَمَّسَ) أَيْ كَبَّرَ (إمَامُهُ) فِي صَلَاةٍ خَمْسَ تَكْبِيرَاتٍ، وَقُلْنَا لَا تَبْطُلُ (لَمْ يُتَابِعْهُ) الْمَأْمُومُ أَيْ لَا تُسَنُّ لَهُ مُتَابَعَتُهُ فِي الزَّائِدِ (فِي الْأَصَحِّ) وَعَبَّرَ فِي الرَّوْضَةِ بِالْأَظْهَرِ، وَفِي الْمَجْمُوعِ بِالْمَذْهَبِ لِعَدَمِ سَنِّهِ لِلْإِمَامِ (بَلْ يُسَلِّمُ أَوْ يَنْتَظِرُهُ لِيُسَلِّمَ مَعَهُ) 

Artinya : “Dan jikalau imam bertakbir yang kelima pada solat jenazah kami berpendapat tidak batal dan makmum disunatkan tidak mengikut imam pada takbir yang lebih itu menurut pendapat yang paling sahih dan di dalam kitab Ar-Raudhah disebut sebagai pendapat yang Azhar dan dalam kitab Al-Majmuk disebut sebagai pendapat mazhab kerana tidak disunnahkan bagi imam bahkan hendaklah makmum itu memberi salam atau menunggu imam supaya beri salam bersama imam.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

wallahua’lam 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo