HUKUM WANITA ZIARAH KUBUR WALI
SOALAN :
Adakah harus kaum wanita ziarah ke kubur para wali dan orang-orang soleh?
JAWAPAN :
Harus hukumnya kaum wanita menziarahi perkuburan orang-orang soleh dan para wali sebagaimana diharuskan ke atas mereka menziarahi kubur para Nabi dan Rasul a.s.
Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansori :
ŁŲŖŁŲ±Ł ŁŁŁŲ³Ų§Ų” ŁŲ¬Ų²Ų¹ŁŁ Ų„ŁŲ§ ŁŲØŲ± Ų§ŁŁŲØŁ ŲµŁŁ Ų§ŁŁŁ Ų¹ŁŁŁ ŁŲ³ŁŁ
ŁŁŁŲÆŲØ ŁŁŁ Ų²ŁŲ§Ų±ŲŖŁ ŁŁŁŲØŲŗŁ، ŁŁ
Ų§ ŁŲ§Ł Ų§ŲØŁ Ų§ŁŲ±ŁŲ¹Ų© ŁŲ§ŁŁŁ
ŁŁŁ Ų£Ł ŁŁŁŁ Ų³Ų§Ų¦Ų± ŁŲØŁŲ± Ų§ŁŲ£ŁŲØŁŲ§Ų” ŁŲ§ŁŲ£ŁŁŁŲ§Ų”
Artinya : “Dan dimakruhkan bagi kaum wanita kerana keadaan yang dikhuatirkan dari mereka ziarah kubur melainkan kubur Nabi sollallahu alaihi wasallam maka disunatkan bagi mereka itu menziarahinya dan ialah yang sepatutnya sepertimana telah berkata oleh Ibnu Rif'ah dan Al-Qamuli bahawa adalah disunatkan juga sekelian kubur para Nabi dan para wali.” (Kitab Ghurarul Bahiyyah)
Maksudnya dimakruhkan ke atas kaum wanita ziarah kubur jika dikhuatiri akan sesuatau yang menyalahi adab kaum perempuan ketika di luar rumah.
Telah diriwayatkan Abdulllah bin Abi Mulaikah katanya :
، Ų£Ł Ų¹Ų§Ų¦Ų“Ų© Ų£ŁŲØŁŲŖ Ų°Ų§ŲŖ ŁŁŁ
Ł
Ł Ų§ŁŁ
ŁŲ§ŲØŲ± ŁŁŁŲŖ ŁŁŲ§: ŁŲ§ Ų£Ł
Ų§ŁŁ
Ų¤Ł
ŁŁŁ، Ł
Ł Ų£ŁŁ Ų£ŁŲØŁŲŖ؟ ŁŲ§ŁŲŖ: Ł
Ł ŁŲØŲ± Ų£Ų®Ł Ų¹ŲØŲÆ Ų§ŁŲ±ŲŁ
Ł ŲØŁ Ų£ŲØŁ ŲØŁŲ±، ŁŁŁŲŖ ŁŁŲ§: Ų£ŁŁŲ³ ŁŲ§Ł Ų±Ų³ŁŁ Ų§ŁŁŁ ŲµŁŁ Ų§ŁŁŁ Ų¹ŁŁŁ ŁŲ³ŁŁ
ŁŁŁ Ų¹Ł Ų²ŁŲ§Ų±Ų© Ų§ŁŁŲØŁŲ±؟ ŁŲ§ŁŲŖ: ŁŲ¹Ł
، ŁŲ§Ł ŁŲÆ ŁŁŁ، Ų«Ł
Ų£Ł
Ų± ŲØŲ²ŁŲ§Ų±ŲŖŁ
Artinya : “Sungguhnya Aisyah r.a. telah pulang pada suatu hari dari satu tanah perkuburan maka aku berkata baginya : Wahai Ummul mukminin! Dari mana kamu datang? Jawab Aisyah : Dari kubur saudaraku Abdul Rahman bin Abu Bakar. Maka aku berkata kepadanya : Bukankan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah melarang dari ziarah kubur? Kata Aisyah : Ya sungguhnya dulu baginda telah melarang kemudian dibenarkan menziarahinya.” (Hadith riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)
Kesimpulannya tidak menjadi kesalahan kaum wanita menziarahi kubur orang-orang soleh dan para wali kerana bertujuan mengingatkan kepada akhirat dan mengambil keberkatan dengan syarat memelihara dari perkara yang tidak dibenarkan oleh syarak seperti tabarruj dan perkataan yang tidak baik.
wallahua’lam
No comments
Post a Comment