NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya nama sahaja kerajaan, perangai masih seperti pembangkang




Kerajaan hari ini dilihat masih “berperangai” seperti pembangkang dan masih gagal untuk melaksanakan janji yang dibuat sebelum mereka mengambil alih pentadbiran negara, kata bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.


Beliau berkata, perkara ini terbukti jelas terutama dalam luahan-luahan rakyat di media sosial apabila realiti tindakan kerajaan hari ini tidak seperti yang dijangkakan berbanding perjuangan mereka ketika menjadi pembangkang dulu.


Tambah bekas ahli Parlimen Tanjung Karang itu, contoh terbaik ialah janji Pakatan Harapan untuk tidak melaksanakan pelantikan politik melibatkan jawatan di badan berkanun, agensi kerajaan dan juga syarikat berkaitan kerajaan.


“Itu pun tak boleh nak laksana, apatah lagi dasar-dasar yang bakal dibuat kelak,” kata Noh dalam sesi wawancara Kerusi Panas bersama TV Pertiwi.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo