Sanusi Nor berkata kajian khas itu akan menjelaskan bagaimana kewujudan hubungan antara Kedah-Pulau Pinang. |
Menteri Besar, Sanusi Nor, berkata pasukan penyelidik membabitkan pakar perundangan dan sejarawan sedang meneliti 20,000 dokumen yang diperoleh dari England, Belanda, Thailand dan Indonesia.
Katanya, kajian kini pada peringkat akhir dan dijangka siap Disember depan, dengan hala tuju kedua-dua negeri akan ditentukan selepas itu.
“Saya harap kita dapat kemukakan secara berfakta, ilmiah dan hakikat sebenar duduk letaknya Kedah dan Pulau Pinang. Ini isu lama, kita pun tak duduk diam, nanti depa (mereka) kata kita saja-saja nak duit ‘free’ (percuma).
Saya nak jadikan perkara yang kita ungkapkan ratusan tahun lamanya, akhirnya kita kumpulkan semua bahan, dan kita tentukan kedudukan secara fakta,
katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di Wisma Darul Aman.
Sanusi berkata, kajian itu dibuat bukan semata-mata untuk membolehkan tuntutan ke atas Pulau Pinang, tetapi bagi menjelaskan bagaimana wujudnya hubungan antara dua negeri berkenaan.
Beliau turut menolak akan berlaku polemik kerana sudah banyak pakar sejarah dan buku ditulis mengenainya.
Jun tahun lalu, Sanusi dilaporkan berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha membetulkan sejarah berkaitan kedudukan Kedah dan Pulau Pinang yang didakwa dipesongkan sejak 200 tahun.
Menurut Sanusi, eksploitasi ke atas sejarah Kedah yang dilakukan sejak pemerintahan British wajar diperbetul selepas mendakwa pakar sejarah menemui fakta baharu hasil pelbagai kajian.
Sekiranya pembetulan itu tidak dibuat, katanya rakyat terutama generasi muda akan terus hidup dengan sejarah yang dipesongkan oleh pihak mempunyai kepentingan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment