NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hadir sebagai tanda sokongan SJKC kumpul dana daripada syarikat arak



Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang tampil menjelaskan pihak mereka tidak dimaklumkan bahawa syarikat arak merupakan antara penyumbang kepada program penyampaian sumbangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tche Min pada Ahad lepas.


Kenyataan itu dibuat selepas gambar Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu bersama mock check daripada Syarikat Tiger kepada SJKC Tche Min berjumlah RM3,175,034.88 tular di media sosial sekali gus mengundang kecaman dan kritikan orang ramai.


Menurut kenyataan itu, senarai penyumbang tidak dimaklumkan kepada pihaknya sehinggalah mereka tiba ke lokasi program yang mana semua penyumbang diraikan oleh Lembaga Pengurusan Sekolah dengan upacara penyerahan hadiah penghargaan dan bergambar di atas pentas sebagai kenangan.


Pada masa sama, pihak itu turut kesal apabila usaha membangunkan pendidikan di Sepang menjadi tenggelam apabila tular gambar Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memegang mock check tersebut.


“Sebagai makluman, undangan tetamu jemputan telah dibuat oleh Lembaga Pengurusan SJKC Tche Min bagi menjemput semua penyumbang.


“Apa yang menjadi keutamaan YB Datuk pada hari kejadian adalah menyokong usaha murni Lembaga Pengurusan SJKC Tche Min yang berusaha mengumpulkan dana awam bagi membina dewan sekolah lebih selesa untuk pembelajaran anak-anak,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.


Sumber: FB Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo