Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa agar Pengerusi DAP, Lim Guan Eng supaya menghormati keputusan Kementerian Pendidikan berhubung isu penyaluran dana membabitkan syarikat arak.
Ketua Penerangan PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga menyokong keputusan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam mengekalkan garis panduan sedia ada termasuk larangan sebarang pameran dan promosi arak di premis sekolah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
“PERKASA juga mohon Menteri Pendidikan agar tetap teguh dengan keputusan yang dibuat tanpa terpengaruh dengan mana-mana individu.
“Sekolah sebenarnya boleh memohon dan dari tokoh-tokoh korporat tanpa melibatkan syarikat yang ada kaitan dengan perkara negatif seperti arak, rokok dan sebagainya,” kata beliau kepada TV Pertiwi
#BoikotSampaiMerdeka #TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment