NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Guan Eng kemuka representasi gugur tuduhan rasuah terowong dasar laut

Lim Guan Eng dibicarakan atas empat tuduhan rasuah. Timbalan pendakwa raya berkata representasi dihantar kepada Pejabat Peguam Negara pada Jun lalu. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Lim Guan Eng mengemukakan representasi kepada Pejabat Peguam Negara bagi menggugurkan empat pertuduhan rasuah terhadapnya membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai lebih RM6 bilion.

Representasi itu, yang diserah pada Jun lepas, mengemukakan beberapa alasan termasuk keterangan saksi utama pendakwaan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli kepada mahkamah adalah bercanggah dengan keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes penipuan ahli perniagaan G Gnanaraja membabitkan RM19 juta berkaitan kes terowong dasar laut yang sama.

Prosiding mencabar kredibiliti saksi itu bersambung 19 Julai ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 63, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk menerima suapan berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul dilantik melaksanakan projek pembinaan jalan utama dan terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Jan 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, beliau didakwa meminta suapan 10% daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah membantu syarikat ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.




Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo