Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong menegur sekutunya dalam PN yang menurutnya bersikap ekstremis dan melanggar hak orang bukan Islam. |
Timbalan presiden parti itu berkata, Gerakan kekal teguh menyokong dan mempertahankan usaha sekolah Cina mengumpul dana walaupun terdapat ancaman yang tidak munasabah daripada sekutunya dalam gabungan itu.
Beliau berkata sedemikian susulan kontroversi berhubung pengumpulan dana sekolah Cina yang tercetus berikutan kritikan PAS terhadap seorang timbalan menteri yang dilihat menerima cek cura bernilai RM3 juta terpapar logo Tiger Beer pada sebuah majlis kutipan dana.
Sama seperti Gerakan pernah berundur daripada Barisan Nasional (BN) untuk menentang rasuah dan salah guna kuasa, kami tidak akan teragak-agak keluar (PN) jika sekutu kami (dalam gabungan) terus mempamerkan ekstremisme agama dan melanggar hak orang bukan Islam,katanya dalam kenyataan.
Awal hari ini dilaporkan PAS tidak menolak kemungkinan akan memutuskan hubungan dengan Gerakan susulan pendirian rasmi parti itu berhubung sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina.
Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari menyuarakan rasa ‘sangat kecewa’ terhadap sekutunya dalam PN itu berhubung isu terbabit.
Semalam, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak seharusnya menyekat sumbangan dana oleh syarikat tertentu kepada sekolah sekiranya kerajaan tidak memperuntukkan dana yang mencukupi kepada semua jenis sekolah.
Lau berkata, kerajaan harus bersikap memahami dan tidak menghalang tradisi sekolah Cina mengumpul dana yang telah diamalkan sejak sekian lama.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment