NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

George Town Festival tidak cakna sensitiviti Melayu - IKR



Institut Kesedaran Rakyat (IKR) mengkritik tindakan George Town Festival 2024 (GTF 2024) yang menyifatkannya sebagai tidak menjaga sensitiviti masyarakat Melayu di Pulau Pinang susulan hanya mempamerkan elemen budaya Cina dan India dalam promosi sambutan acara itu.

 

Pengerusi IKR Abdul Rahman Maidin mendakwa klip video tersebut membawa tanggapan bahawa Pulau Pinang eksklusif kepada kaum Cina dan India malah menurutnya ia tidak langsung memaparkan budaya Melayu.

 

“Video itu tidak langsung (menjaga) sensitif kepada wujudnya kaum Melayu di Pulau Pinang ini.

 

“Kalau tengok video itu, tiada satu pun (unsur) yang berkait dengan Melayu seolah-olah Melayu tiada di Pulau Pinang,” katanya.

 

Sebelum ini, pihak George Town Festival mengeluarkan sebuah sedutan video hanya memaparkan unsur budaya Cina dan India bagi mempromosi sambutan acara itu yang akan berlangsung dari 9 hingga 28 Julai di Pulau Mutiara itu.

 

Sumber : Malaysiakini


#boikotsampaimerdeka


#TvPertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo