NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gangguan besar berlaku ke atas perkhidmatan Siber di seluruh dunia

TERKINI 

Gangguan besar berlaku ke atas perkhidmatan Siber di seluruh dunia 

Antara terjejas ialah Perkhidmatan Microsoft, Platform Keselamatan Siber CrowdStrike, Talian panggilan 911 di US, gangguan perkhidmatan di banyak lapangan terbang antarabangsa, bank dan berita media 

. TERKINI 

Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilaporkan terjejas dengan gangguan teknikal IT di seluruh dunia ketika ini

KTMB mengumumkan gangguan Sistem Tiket KITS dan Pusat Khidmat Pelanggan KTMB susulan gangguan teknikal CrowdStrike Microsoft TERKINI 

Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin Jerman menggantung semua penerbangan susulan gangguan IT seluruh dunia ketika ini TERKINI 

ANTARA YANG TERJEJAS DENGAN GANGGUAN TEKNIKAL IT DUNIA KETIKA INI

- Syarikat Penerbangan US, Delta Airlines dan United Airlines sudah menggantung penerbangan kerana masalah komunikasi maklum Pihak Berkuasa Penerbangan Awam US

- Turkish Airlines memaklumkan ada masalah besar berkaitan mahu mengesahkan pesanan tiket dan pemeriksaan semakan masuk

- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam US meminta semua penerbangan mendarat segera susulan masalah teknikal ketika ini

- Kerajaan Australia mengadakan mesyuarat tergempar kabinet susulan gangguan IT ketika ini

- Penerbangan India, SpiceJet memaklumkan gangguan teknikal ke atas perkhidmatan dalam talian

- Penerbangan Ryanair Ireland juga menerima gangguan dalam talian

- Pengusaha Kereta Api Terbesar UK memaklumkan menangguhkan operasi kerana situasi ketika ini

- Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney dilaporkan huru Hara kerana situasi ketika ini. Beberapa syarikat penerbangan utama tak dapat buat semakan masuk, ada yang tiba di lapangan terbang itu tidak boleh menerima bagasi mereka dan Virgin Australia menangguhkan penerbangan mereka 

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura mengumumkan semua pemeriksaan semakan masuk akan dilakukan secara manual

Lapangan Terbang Antarabangsa Narita memaklumkan sistem penerbangan JetStar, JejuAir, Qantas, HK Express dan Spring Japan mengalami masalah

Syarikat Penerbangan Jerman, Lufthansa memaklumkan mereka tidak dapat membenarkan sementara akses ke atas sebarang pesanan tiket dalam talian 

Air France mengumumkan penangguhan semua penerbangan transit. Lapangan Terbang Antarabangsa Paris buat masa ini belum terjejas 

- Gangguan teruk ke atas Sistem Rekod Perubatan Elektronik EMR US


- Semua McDonald di Jepun ditutup susulan kejadian ini TERKINI 

FMT melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA turut terjejas dengan gangguan IT Global ketika ini

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo