NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gamis lapor polis tindakan mahasiswa hina ulama

Ahmad Baihaqi (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Kuala Terengganu pada Sabtu.


KUALA TERENGGANU - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Terengganu membuat laporan polis ke atas seorang mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang didakwa mengeluarkan ucapan berunsur penghinaan ke atas golongan ulama.

Pengerusinya, Ahmad Baihaqi Mohd Fadzil berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini pada Sabtu.

Menurutnya, pihaknya menggesa siasatan dan tindakan sewajarnya diambil ke atas individu terbabit susulan perkongsian beberapa rakaman video menerusi platform media sosial menunjukkan individu tersebut mengeluarkan kenyataan berunsur kebencian.

"Sebagai seorang mahasiswa tidak salah berpolitik tetapi tidak perlu mengeluarkan kata-kata berunsur kebencian atau kata-kata yang boleh menimbulkan provokatif.

"Ini bukan kali pertama individu tersebut mengeluarkan kenyataan sedemikian malah ia dilihat keterlaluan serta berlaku berulang kali.

"Kata-kata yang digunakan juga telah membangkitkan kemarahan ramai dan seolah-olah mahu mengapi-apikan masyarakat untuk turut sama mengeluarkan tohmahan terhadap golongan ulama," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Menurut Ahmad Baihaqi, laporan polis itu dibuat bersama beberapa gabungan mahasiswa lain seperti Siswa Pas dan wakil persatuan mahasiswa UniSZA.

Jelasnya, sehingga kini sebanyak tiga rakaman video yang tular di media sosial memaparkan individu terbabit mengeluarkan kenyataan mengandungi unsur penghinaan ke atas golongan ulama.

"Kita kenal pasti sebanyak tiga hantaran di media sosial yang dikongsikan mengandungi ucapan itu iaitu pada 30 Jun, 2 Julai dan terbaharu pada 5 Julai lalu.

"Kita harap ucapan bersifat provokatif sedemikian dapat dihentikan dan kita juga tidak mahu ia menggugat keharmonian mahasiswa serta memburukkan nama baik UniSZA," ujar beliau.



Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo