NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Forum dalaman akan diakan bagi membincangkan perbezaan pandangan mengenai isu dana syarikat arak

Presiden Gerakan Dominic Lau berkata satu forum dalaman antara akar umbi parti komponen PN juga perlu diadakan pada masa terdekat untuk menguruskan perbezaan pendapat itu.




PETALING JAYA
Presiden Gerakan Dominic Lau berkata beliau akan membawa isu perbezaan pendapat antara parti itu dengan PAS berkait dana sekolah Cina untuk dibincangkan bersama kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Dominic berkata satu forum dalaman antara akar umbi parti komponen PN juga perlu diadakan pada masa terdekat untuk menguruskan perbezaan pendapat itu.

“Saya lihat ada segelintir Ahli-Ahli Parlimen kita dah haus dalam naratifnya. Itu sahajalah ‘pi mai pi mai tang tu’ isu nak dibawa.

Sementara kita memainkan peranan semak dan imbang, saya lihat kita sudah sampai ‘bottleneck’, waktu ini tepat pada masanya kita duduk dan berbincang,

 katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas perbezaan pendapat antara dua parti komponen PN itu berkait isu pemberian sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari pada Ahad lalu, menyuarakan rasa ‘sangat kecewa’ terhadap Gerakan dan tidak menolak kemungkinan memutuskan hubungan dengan parti itu.

Kenyataan Fadhli itu kemudiannya disambut Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong yang menyatakan kesediaan parti itu keluar PN dan menegaskan usaha menyokong sekolah Cina mengumpul dana di sebalik ancaman sekutunya.

Menyusuli kenyataan itu, Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya tiada halangan jika Gerakan ambil keputusan keluar PN kerana setiap parti ada hak dan pendirian.

Mengulas lanjut, Dominic berkata perbezaan pendapat adalah lumrah hidup yang sering berlaku dalam mana-mana pasukan, negara, syarikat atau keluarga.

“Kuncinya macam mana kita boleh menguruskan perbezaan antara kita untuk terus menuju ke hadapan. Sejak penubuhan PN, tidak pernah lagi kami duduk untuk berbincang macam mana nak selaraskan perbezaan antara kita.

Jadi pada hemat saya, tibalah masanya kita memperkasakan keutuhan perikatan ini,

katanya.

Menurutnya, PN masih belum lagi dapat mewakili semua masyarakat, sekarang adalah masanya untuk melakar strategi ke arah PRU16.




Sumber | MalaysiaNow 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo