NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Faizal umum beri laluan kepada Hamzah jadi timbalan presiden

Ahmad Faizal Azumu berkata beliau membuat keputusan untuk beri laluan kepada Hamzah Zainudin selepas berbincang dengan Presiden Muhyiddin Yassin. 



PETALING JAYA
Ahmad Faizal Azumu mengumumkan akan beri laluan kepada Hamzah Zainudin untuk menjadi timbalan presiden Bersatu, menjelang pemilihan parti Oktober ini.

Faizal berkata beliau membuat keputusan itu selepas berbincang dengan Presiden Muhyiddin Yassin.


“Ini satu cadangan daripada presiden bagi mengelakkan berlaku sebarang pertembungan.

Jadi dalam perundingan tersebut, kita telah bersetuju saya berundur tidak menawarkan diri sebagai timbalan presiden dan Hamzah diminta oleh akar umbi dan kepimpinan untuk mengambil alih jawatan disandang saya ketika ini,

 katanya lapor Berita Harian.

Muhyiddin pada sidang media selepas konvensyen Bersatu mengumumkan Faizal sudi lepaskan jawatan dan tidak bertanding bagi memberi peluang kepada Hamzah Zainudin untuk mengambil tugas sebagai timbalan presiden.

Dalam ucapan perasmian sebelum itu, Muhyiddin membayangkan tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi parti susulan kata sepakat selepas rundingan diadakan.

Menurutnya, terdapat usul beberapa bulan lalu yang memintanya ‘campur tangan’ bagi mengelakkan perpecahan.

Faizal menggalas jawatan timbalan presiden sejak 2020, manakala Hamzah ketika ini setiausaha agung parti.


Muhyiddin turut mengumumkan Faizal akan menawarkan dirinya untuk jawatan naib presiden, dan jawatan setiausaha agung akan ditawarkan kepada Azmin Ali.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo