NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Faisal mula fisioterapi intensif pulih fungsi tangan kiri

CEO Selangor FC, Johan Kamal Hamidon berkata Faisal Halim akan menjalani latihan larian bagi mendapatkan semula kecergasannya minggu depan.


PETALING JAYA: Pemain kebangsaan dan tonggak utama Selangor FC (SFC), Muhammad Faisal Abdul Halim mula menjalani fisioterapi lebih intensif sejak beberapa hari lalu bagi memulihkan fungsi pergerakan tangan kirinya.

“Insya Allah, minggu depan beliau juga akan mula membuat latihan larian bagi mendapatkan semula kecergasannya.

“Namun, latihan yang akan dilakukan Faisal hanya melibatkan rutin ringan memandangkan beliau masih dalam proses pemulihan,” kata CEO SFC, Johan Kamal Hamidon menurut Bernama pada majlis penyerahan Tabung Solidariti kepada SFC di Shah Alam.

Beliau berkata, proses pemulihan anak kelahiran Pulau Pinang itu juga berjalan lancar dan menunjukkan perkembangan positif.

Pada 5 Mei lepas, Faisal menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat di beberapa bahagian badan.

Sementara itu, Johan berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan terkini siasatan kes berkenaan daripada pihak polis.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo