NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fahmi bincang adakan lesen media sosial bersama menteri Singapura




Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengadakan rundingan dua hala bersama Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura, Josephine Teo pada Isnin yang memfokuskan perlesenan platform media sosial.


Perbincangan yang diadakan di Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) berlangsung selama sejam bagi memastikan persekitaran internet selamat khususnya kepada kanak-kanak.


Sebelum pertemuan itu, Fahmi dan delegasinya bertemu dengan para pegawai dari MDDI dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).


Dalam lawatan kerja itu Fahmi dijadualkan bertemu pengendali platform media sosial untuk menangani isu berkaitan kandungan dalam talian yang berunsur penipuan, buli siber dan pornografi.


Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Sabtu lalu mengumumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna berdaftar di negara ini perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi mulai 1 Ogos.


Sumber: Awani


#BoikotSampaiMerdeka 

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo