NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Enggan jawab ‘keluar PN’, Gerakan ‘sekolahkan’ PAS dasar gabungan

Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong berkata pihaknya menghormati rakan komponen Perikatan Nasional. 




PETALING JAYA
Oh Tong Keong enggan mengulas kenyataan pemimpin PAS yang parti itu tidak mempunyai halangan jika Gerakan mengambil keputusan keluar Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, timbalan presiden Gerakan itu mengingatkan sekutunya mengenai dasar gabungan iaitu agenda kesederhanaan serta menjaga kepentingan seluruh rakyat.


“Jadi PAS juga hendaklah menghormati Gerakan dalam usaha membela kaum Cina dan India dan bahasa ibunda mereka.

Saya harap PAS mesti mengingati tujuan dan matlamat penubuhan PN adalah untuk kepentingan semua rakyat Malaysia, jangan mengabaikan hak kaum lain dalam usaha mementingkan kaum Melayu dan agama Islam,

 katanya kepada FMT.


Oh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah yang partinya terbuka jika Gerakan keluar PN susulan perbezaan pendapat berhubung kontroversi dana sekolah Cina.

Amar berkata, setiap parti mempunyai hak dan menyerahkan kepada Gerakan untuk membuat keputusan.

Kenyataan Amar menyusul pendirian Gerakan yang tidak teragak-agak keluar PN dan parti itu kekal teguh menyokong serta mempertahankan usaha sekolah Cina mengumpul dana walaupun terdapat ancaman tidak munasabah daripada sekutunya.

Sementara itu, Oh berkata Gerakan menghormati rakan komponen dalam PN bagaimanapun ia tidak bermakna sekutu mereka boleh memaksa parti lain untuk mematuhi dan mengikut ‘semua arahan yang dimahukan’.


PN bukan perikatan untuk satu kaum atau satu agama saja, tetapi untuk semua rakyat Malaysia, jadi setiap parti komponen dalam PN perlu saling menghormati, katanya.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo