NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Selangor belum buat keputusan nasib Abdul Rashid



SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor masih belum membuat sebarang keputusan berhubung status Ahli Dewan Undngan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Speaker DUN Selangor, Lau Weng San berkata, beliau masih lagi meneliti dokumen yang diserahkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya masih meneliti dokumen yang ada pada saya dan belum ada keputusan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Pada 21 Jun lalu, media melaporkan Bersatu Selangor menerusi Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan notis berkenaan kepada Weng San.

Mohamed Azmin yang juga Ketua Pembangkang Selangor menegaskan notis melibatkan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari itu dibuat mengikut Perkara LXVA Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Abdul Rashid dan enam Ahli Parlimen Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Zahari Kechik (Jeli); Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Abdul Rashid sebelum ini menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.

Pada 26 Jun, Abdul Rashid bagaimanapun menyatakan beliau akan tetap hadir seperti biasa ke Persidangan DUN Selangor Ke-15 kerana belum ada keputusan berkait notis pengosongan kerusi itu.

Bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor itu juga berkata, Weng San dijangka membuat keputusan berhubung status beliau dalam tempoh persidangan berkenaan.

Beliau mengesahkan perkara itu demikian kepada pemberita dalam sidang media di Wisma Dewan Negeri Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan Weng San kira-kira jam 11 pagi, 26 Jun yang lalu.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan bersama Weng San ujarnya, mereka mengadakan perbincangan mengenai kedudukannya sebagai ADUN Selat Klang sama ada kerusi Selat Klang akan dikosongkan atau sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, beliau juga tidak mengetahui bila keputusan akan dibuat dan ia bergantung kepada Speaker.

Dalam pada itu, ujarnya, beliau menyifatkan kes beliau tidak sama dengan kes di Kelantan, kerana seperti umum sedia maklum, Speaker DUN Kelantan membuat keputusan tanpa memberi peluang kepada ADUN berjumpa dan berbincang dengannya.



Sumber | Sinar Harian 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo