NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Didapati langgar perlembagaan Bersatu, Zulkifli terkejut nama digugurkan



PONTIAN - Bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pontian, Zulkifli Tasrep mengakui terkejut apabila mendapati namanya gugur daripada senarai ahli parti.

Zulkifli berkata, beliau mengetahui senarai nama ahli yang didapati melanggar Fasal 10 Perlembagaan Bersatu itu selepas melihat ia tular di media sosial pada Sabtu.

"Saya sedih dilupakan, sedangkan dahulu saya merupakan Ketua Penaja Bersatu ketika awal penubuhannya di Pontian pada tahun 2016.

"Walaupun kalah pemilihan Bersatu Bahagian Pontian, empat tahun lalu, saya tidak pergi ke mana-mana parti. Saya masih lagi dengan Bersatu sehingga hari ini," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut beliau, pelbagai rintangan dan kepayahan dilalui bagi membangunkan Bersatu di Pontian suatu masa dahalu, namun tindakan terbaharu parti kepada dirinya ibarat melupakan jasanya.

"Saya bermula sebagai ketua penaja, ketika itu tiada orang lagi. Tetapi saya bersama Setiausaha Bersatu Negeri, Solihan Badri, giat gerakkan parti.

"Dengan semangat perjuangan, walaupun Bahagian Pontian ini kubu kuat UMNO, kita berjaya dapat ahli dan hadapi pilihan raya umum pada 2018. Ketika itu, saya menjadi calon di DUN Benut menentang Datuk Seri Hasni Mohammad," katanya.

Ditanya sama ada akan membuat rayuan, Zulkifli menjelaskan beliau kini hanya mahukan surat pemecatan untuk mengetahui sebab parti bertindak demikian.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, Bersatu mengeluarkan senarai nama 123 ahli yang melanggar Fasal 10 perlembagaan parti tersebut.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keahlian yang ada akan terhenti dan dikeluarkan daripada senarai ahli parti.

“Berdasarkan kepada senarai tersebut, nama keenam-enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut disenaraikan," katanya.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo