NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP tahu kemampuan pancing undi, tak ‘masuk’ kawasan Melayu, kata pemimpin Umno

Megat Zulkarnain Omardin berkata DAP sebagai parti ‘veteran’ sudah tentu tahu kelebihan dan kekuatan jentera dalam menarik undi bukan Melayu.



GOMBAK
Seorang pemimpin Umno berkata kehadiran DAP dalam kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya sebelum ini berjaya membantu menarik sokongan bukan Melayu.

Mengambil contoh PRK DUN Pelangai, Oktober tahun lalu, Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin berkata DAP yang diberi tugas berkempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Telemong telah membantu kemenangan ketika itu.

Menurutnya, kemenangan selesa calon BN Amizar Abu Adam turut disumbangkan dengan penguasaan 98% undi di PDM berkenaan yang majoritinya bukan Melayu.

Menurut Zulkarnain, DAP sebuah parti ‘veteran’ sudah tentu tahu kelebihan dan kekuatan jenteranya dalam menarik undi bukan Melayu, tanpa mengganggu peranan Umno di kawasan Melayu.

“DAP pun tahu di mana mereka boleh sumbang undi kepada calon BN… sebab itu di Telemong mereka fokus di situ (PDM SJKC Telemong) yang mempunyai 90% pengundi bukan Melayu.

Saya percaya takkan mereka masuk ke kampung, takkan mereka masuk ke PDM yang sememangnya tiada pengundi bukan Melayu,

 katanya selepas melancarkan Mini Program Komuniti Desa (PKD) Mobile Negeri Selangor di sini.

Isu pembabitan DAP dalam kempen BN, sekutunya dalam kerajaan perpaduan kembali berbangkit menjelang PRK DUN Nenggiri, 17 Ogos depan.

Terdahulu, FMT melaporkan Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan meminta DAP tidak turun atau menjauhi kempen PRK Nenggiri seperti dilaporkan sebuah portal berita, Khamis lalu.

Sebaliknya, pengarah Umno untuk PRK itu menjelaskan beliau hanya berkata tiada keperluan DAP berkempen pada PRK berlangsung 17 Ogos depan terbabit.

Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain juga meminta semua anggota dalam kerajaan perpaduan memikirkan keberadaan mereka dalam komponen itu yang diharapkan tidak menjejaskan kerjasama termasuk pada PRK Nenggiri.

Soal mereka (DAP) datang atau tidak itu soal kedua tetapi pada kita di peringkat kerajaan…kita alu-alukan (DAP ke Nenggiri),

 katanya.



Sumber | FMT Malaysia 















........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo