NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP, PKR tidak wujud di Sarawak

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata parti-parti komponen GPS merupakan pengkritik yang kritis, apabila ditanya tentang semak dan imbang dalam pemerintahan gabungan itu. 



PETALING JAYA
Premier Sarawak, Abang Johari Openg secara berseloroh mendakwa DAP dan PKR ‘tidak wujud’ di Sarawak lantaran dominasi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Gabungan pemerintah itu, yang dipimpin Abang Johari, memegang 80 daripada 82 kerusi di dewan legislatif Sarawak, manakala bakinya diduduki Chong Chieng Jen (Padungan) dan Violet Yong (Pending) dari DAP selaku pembangkang.

Ditanya hos Khairy Jamaluddin dalam episod terbaharu audio siar Keluar Sekejap, sama ada GPS akan bertanding di semua kerusi pada pilihan raya Sarawak akan datang, Abang Johari mengiyakan dengan kesungguhan.

Ditanya sama ada langkah itu akan memberi kesan pada kerjasama di peringkat persekutuan, memandangkan PKR dan DAP dari Pakatan Harapan wujud di Sarawak, Abang Johari berkata politik persekutuan dan negeri merupakan dua hal yang asing.


Jadi kerjasama di pusat, nanti pilihan raya sini bertembung?
 soal Khairy.

Kalau dia nak bertembung, 
jawab Abang Johari.

Kalau dia tak bertembung maka tak wujud lah di Sarawak nanti, 
balas Khairy.

Sekarang pun ‘tak wujud’, 
sahut Abang Johari, dengan senyuman.

Menuju PRN yang mesti diadakan menjelang April 2027, Abang Johari ketika ditanya tentang kaedah semak dan imbang dalam pemerintahan GPS berkata parti-parti komponen gabungan itu sendiri merupakan pengkritik yang kritis.

GPS terdiri daripada empat parti berpangkalan di Sarawak – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Pada September lalu, Abang Johari pada konvensyen SUPP mengumumkan GPS akan bertanding di semua 82 kerusi pada PRN akan datang.

Menurut laporan The Borneo Post, pengerusi GPS itu berkata tiada perbincangan tentang rundingan kerusi diadakan dengan kerajaan perpaduan berkenaan pilihan raya itu.

Katanya, GPS selaku gabungan parti-parti tempatan harus bertanding pada pilihan raya itu dan mempertahankan Sarawak dalam apa jua keadaan.

Ini kerana hanya parti tempatan benar-benar memahami dan memperjuangkan kepentingan Sarawak, tegasnya.



Sumber | FMT Malaysia 












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo