NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP mahu UMNO kembali kuat semula, menangkan kerusi Melayu



TANJONG KARANG – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim pernah menyatakan pendirian secara terbuka mahu melihat UMNO kembali kuat semula dan menjadi tempat berpaut kepada DAP untuk kekal relevan dalam landskap politik tanah air.

Timbalannya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, lebih mengejutkan, Steven membuat pengakuan itu di hadapan Jemaah Menteri ketika sesi mesyuarat pasca Kabinet baru-baru ini

“Yang Berhormat Steven Sim pernah menyatakan UMNO perlu kuat, kami (DAP) hanya nak menumpang UMNO sahaja, DAP hanya boleh menang kerusi antara 40 hingga 43 kerusi, tak mungkin lebih dari itu.

“Kami pula masyarakat Cina, tak ramai anaknya dan tak mungkin kami nak menuntut menjadi Perdana Menteri, itu saranan beliau.

“Kalau UMNO tidak kuat, kami tak boleh menumpang pada UMNO, saya beri kebenaran kepada Datuk, guna sewenang-wenangnya masa yang ada ini untuk memperkukuhkan UMNO itu sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Terdahulu Abdul Rahman merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di Dewan Dato Hormat di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim.

Abdul Rahman juga memberitahu, beliau juga ‘diarahkan’ oleh Steven  untuk memanfaatkan masa yang berbaki bagi menguatkan UMNO di seluruh negara.

“Datuk pergilah Pantai Timur, Datuk pergilah ke utara, Datuk pergilah ke selatan, untuk membantu UMNO supaya UMNO itu bertambah kuat.

“Daripada riak muka beliau, saya nampak keikhlasan hatinya waktu beliau beritahu kepada saya,” katanya lagi.

Selain itu, Abdul Rahman juga menyangkal persepsi negatif  dilemparkan terhadap DAP dengan panggilan jelik termasuk chauvanis dan sosialis sedangkan perkara itu tidak berasas.

“Mereka ini tidak seperti yang kita sangkakan sebelum ini. Yang Berhormat, Nga Kor Ming pernah menyebut beliau tak sangka rupa-rupanya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seorang yang rajin bekerja, mempunyai idealisme tinggi dan mereka (DAP) sangat seronok bekerja bersama beliau.

“Ini apa yang mereka lontarkan yang saya dengar, Steven Sim ini sudah pasti orang yang rapat dengan saya dan sentiasa bersama dengan saya.

“Selama ini, kita rasakan DAP ini chauvinis, sosialis dan sebagainya tetapi pandangan saya tidak terlalu ke arah itu, walau rakan kongsi kita MCA dan MIC itu adalah merupakan salah satu tunjang kepada kita juga sebenarnya,” katanya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo