NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP fokus tarik pengundi Orang Asli di Nenggiri

Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani berkata, parti itu akan menumpukan usaha berkempen menarik pengundi Orang Asli seramai lebih 2,700 orang di Nenggiri. 



PETALING JAYA
DAP akan mengerahkan jenteranya turun berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Nenggiri.

Bagaimanapun, parti itu akan menumpukan usaha berkempen menarik pengundi Orang Asli seramai lebih 2,700 orang, menurut Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani.


Pemgundi Orang Asli ini merupakan pengundi tetap kita,

 katanya kepada FMT.

Sementara kaum lain, terutamanya Melayu, kita serah kepada Amanah, PKR dan Umno untuk pujuk pengundi supaya sokong BN.

Katanya, DAP akan menumpukan usaha berkempen di lima kawasan Orang Asli, iaitu di Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Sungai Wias dan Pos Simpor.

Menurut Azaha, pucuk pimpinan utama DAP juga akan turun berkempen untuk PRK 17 Ogos itu, namun senarai tokoh yang terlibat belum diputuskan.

Kebimbangan Melayu Kelantan terhadap DAP ‘mula reda’

Diminta mengulas kebimbangan orang Melayu mengenai DAP, Azaha berkata, sentimen itu mula reda susulan penerimaan parti Melayu lain, seperti Umno dan PAS, terhadapnya.


“Orang Melayu mula terima DAP susulan kerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kemudian dengan tertubuhnya Pakatan Harapan (PH) bersama Amanah dan PKR.

Dalam kerajaan perpaduan juga, (DAP) bersama Umno,

 katanya.

Beliau berkata, di Kelantan, DAP turut dianggotai orang Melayu dan Orang Asli, malah cawangan DAP di Kelantan ditubuhkan oleh orang Melayu.



Sumber | FMT Malaysia 



 



 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo