NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dana syarikat arak: Tiada kompromi isu halal, haram



KUALA TERENGGANU: “Asas dalam Islam kita tidak boleh kompromi isu halal haram.”

Itu penegasan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, mengulas isu sumbangan dan tajaan oleh syarikat minuman keras kepada sekolah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

“Arak judi ini benda yang asas semua orang tahu ia adalah haram.

“Jadi apa yang penting kita sebagai orang Islam ini kita kena lihat apabila kita nak buat satu satu usaha ada keberkatan daripada Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bidang yang mulia seperti pendidikan sepatutnya mestilah disandarkan kepada benda yang halal.

“Barulah ia mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” ujar beliau.

Terdahulu, kontroversi itu juga menyaksikan lambakan kritikan khususnya terhadap 

terhadap Ahli Parlimen Sepang yang juga Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah Sabu, selepas gambarnya bersama-sama pegawai sekolah dan beberapa ahli politik meraikan pengumuman sumbangan kepada sebuah sekolah Cina di samping logo sebuah jenama arak terkenal berkenaan. – HARAKAHDAILY 24/7/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo