NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dana syarikat arak: Kenyataan Anthony Loke, Kah Woh memalukan



KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Melayu (MPM) kesal dengan pandangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Timbalan Menteri Pendidikan sendiri, Wong Kah Woh berhubung dana syarikat arak di sekolah.

Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Madani, MPM, Kamal Shukri Abdullah Sani mendakwa kenyataan Loke yang mahu berbincang tentang isu ini pada mesyuarat Kabinet, pastinya juga berkaitan untuk kelonggaran syarat di institusi pendidikan amatlah kesali.

MPM berkata, isu arak bukan isu politik.

“Sekolah adalah tempat belajar, mendidik nilai murni, budi bahasa dan budaya sebagai amalan yang baik. Janganlah dicemari minda anak-anak yang masih kecil dengan promosi, iklan arak yang banyak mudarat.

“Memanglah daripada strategi atau kaca mata pengiklan, ia amat baik kepada syarikat pengeluar arak kerana dapat menyemai dan memperkenalkan produk mereka lebih awal.

“Tetapi minuman keras tidak bagus dari segi kesihatan dan mudaratnya lebih banyak berbanding faedahnya,” katanya.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” tambah Loke.

Mengulas lanjut. Kamal Shukri berkata, sepatutnya sebagai Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Pendidikan, mereka patut lebih sedar bencana besar pengaruh arak di  atas jalan raya dan bahayanya di sekolah.

Pandangan kedua-dua menteri tersebut amat dikesali dan memalukan apatah lagi  mengakui syarikat arak telah menyumbang  selama 30 tahun kepada  pembangunan sekolah Cina.

Katanya, tanpa arak di sekolah pun, sekolah-sekolah bersudah berdepan dengan pelbagai masalah disiplin.

“Mahu ditambah bencana apa lagi wahai kedua-dua menteri? Jelaslah kepentingan lain mungkin telah mengelabui fikirannya. Moga selepas ini tiada iklan besar arak diluluskan di lebuh raya pula,” dakwa beliau lagi.

Justeru MPM menyokong penuh ketegasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang menegaskan tiada pengecualian atau kelonggaran syarat tentang iklan, promosi dan tajaan sebarang minuman keras atau yang berkaitan dengannya di mana-mana institusi pendidikan di Malaysia. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo