NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwaan MCA keluar BN hanya khabar angin, kata Zambry

Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir menyifatkan dakwaan MCA meninggalkan gabungan itu sekadar khabar angin yang sengaja dicipta pihak tertentu.



PETALING JAYA
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abdul Kadir menyifatkan dakwaan MCA akan meninggalkan gabungan itu selepas 72 tahun bersama sekadar khabar angin sengaja dicipta pihak tertentu.

“Itu hanyalah khabar angin yang cuba dicipta kalangan tertentu.


Ketika ini, Presiden MCA (Wee Ka Siong) dan Setiausaha Agung (Chong Sin Woon) juga sudah memaklumkan perkara itu tidak berlaku,

 katanya menurut Berita Harian selepas menyempurnakan penutupan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata, pihaknya sentiasa mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi BN dengan semua parti komponen dan membincang secara terbuka hal berkaitan politik.

Terdahulu, MCA menafikan dakwaan kepimpinan tertinggi parti itu berdepan tekanan meninggalkan BN, Chong dilaporkan berkata tiada perbincangan mengenai perkara itu dalam kalangan kepimpinan tertinggi parti.

Umno tuntut tanding Parlimen Alor Setar

Zambry berkata, usul diluluskan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Setar untuk bertanding di kerusi Parlimen itu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya ialah perkara biasa.

“Bukan hanya membabitkan Umno, tetapi juga parti komponen lain dan ‘Friends of BN’.


Yang paling mustahak, akhirnya kita akan buat keputusan peringkat BN kerana kepimpinan BN adalah melalui mesyuarat Majlis Tertinggi BN…jadi masih terlalu awal untuk kita fikirkan.

Terdahulu, mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Setar meluluskan usul menuntut kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN di bawahnya, iaitu Suka Menanti atau Alor Mengkudu, ditandingi parti itu pada PRU16.

Pada PRU15, Perikatan Nasional menerusi Afnan Hamimi Taib Azamudden memenagi Parlimen Alor Setar dengan majoriti 9,931 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan, Simon Ooi Tze Min (27,555) dan BN diwakili Tan Chee Hiong (8,930).

PRN Kedah pada Ogos 2023 menyaksikan gabungan BN-PH kalah di DUN Suka Menanti dan Alor Mengkudu, kecuali DAP berjaya mengekalkan kerusi DUN Kota Darulaman.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo