NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dahulu kita cadang, mereka tolak Akta Antilompat Parti



PUTRAJAYA - Kerajaan terbuka untuk mengadakan perbincangan bagi membaiki kelompangan yang wujud dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Pakatan Harapan pada 2022 pernah mengusulkan supaya pindaan terhadap akta itu dibuat, namun ditolak kerajaan pada masa itu.

"Dahulu, kita cadang supaya mana-mana yang ditolak oleh parti, perlu ditolak (mengosongkan kerusi) tetapi tidak dipersetujui kerajaan ketika itu.

"Jadi, bagi saya kalau nak pinda boleh, kita bincang supaya sesiapa sahaja (tidak terkecuali jika lompat parti)," kata beliau kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau An-Najah di sini pada Jumaat.

Anwar berkata, pada masa itu, PH mengusulkan supaya ahli Parlimen yang ditolak parti masing-masing, secara automatik kehilangan kerusi mereka, namun Bersatu menolak keras usul berkenaan.

"Sampai kita bertolak ansur dan jadi undang-undang sekarang. Jadi, kalau nak pinda kita boleh bincang," kata Anwar.

Pada 20 Jun lepas, Bersatu mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri dikosongkan.

Notis itu dikemukakan berdasarkan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan, iaitu seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan dan kerusinya menjadi kosong apabila tidak lagi menjadi anggota parti politik.

Bagaimanapun, Johari semalam menegaskan keputusan berhubung status enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan adalah kekal, menyebabkan pembangkang keluar Dewan beramai-ramai kerana tidak berpuas hati.

Johari berkata, pihaknya telah membuat kajian sebelum memutuskan perkara terbabit dan membaca semua kenyataan mengenai Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan.

Enam ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang). - Bernama



Sumber | Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo