NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Chow akui PH Pulau Pinang gagal

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata gabungan itu akan mengkaji kelemahan dan kekuatan kempennya di Sungai Bakap. 


NIBONG TEBAL: Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mengaku kalah pada PRK Sungai Bakap, mengatakan gabungan itu gagal meyakinkan pengundi dalam isu-isu yang penting bagi mereka.

Chow berkata kiraan tidak rasmi menunjukkan calon Perikatan Nasional, Ariffin Ismail, menang dengan kelebihan undi yang lebih baik.

“Sebagai pemerhatian awalan, kita sudah gagal menyakinkan rakyat tentang isu-isu nasional, isu-isu negeri dan isu-isu setempat yang rakyat dan pengundi ini merasakan amat penting,” katanya kepada pemberita di pusat kempen PH di Jawi, Pulau Pinang.

Chow berkata PH akan mengkaji kelemahan dan kekuatan kempennya di Sungai Bakap.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo