NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cela dan cerca kerajaan tidak akan selesai masalah - Anwar




Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin masyarakat tidak terus mencela kerajaan berhubung sedikit kelemahan dalam sistem penyampaian kepada rakyat. 


Perdana Menteri berkata segala isu yang dibangkitkan perlu dibawa kepada pengetahuan kerajaan agar ia mampu diselesaikan secara rundingan. 


“Saya turut menegur segelintir pemimpin masyarakat yang bertindak mencela kerajaan secara semberono hanya kerana beberapa kelemahan kecil dalam pelaksanaan beberapa inisiatif kerajaan.


“Saya gesa pemimpin masyarakat ini untuk membawa apa jua perkara di peringkat akar umbi untuk perhatian kerajaan supaya ia dirunding dan diselesaikan. Ketimbang celaan dan cercaan semata-mata tidak mungkin membantu merungkai masalah.


“Saya mohon untuk rakyat tidak terpengaruh dengan sentimen kebencian dan perpecahan yang sedang dimainkan pembangkang jika mahu memastikan Malaysia tidak terperangkap dalam fanatik perkauman dan agama,” katanya. 


Sumber: FB Anwar Ibrahim


#TvPertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo