NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cara Solat Jenazah Ghaib

CARA NIAT SOLAT JENAZAH GHAIB

SOALAN :

Bagaimana cara niat solat jenazah ghaib dan apakah sah solat jika tersalah sebut nama mayat?

JAWAPAN :

Ketika melakukan solat jenazah yang ghaib hendaklah berniat seperti biasa dan menyebut nama mayat yang disembahyangkan itu.

Contoh niat solat jenazah yang ghaib yang sempurna ialah :

“Aku sembahyangkan atas mayat si fulan yang ghaib dengan empat takbir fardu kifayah kerana Allah Taala.”

Maka jika tersalah menyebut nama mayat seperti menyebut ketika berniat itu akan nama Abdullah sedang yang mati adalah Zahid maka solatnya itu tidak sah.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

(ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų¹َŁŠَّŁ†َ) Ų§Ł„ْŁ…َŁŠِّŲŖَ Ų§Ł„ْŲ­َŲ§Ų¶ِŲ±َ Ų£َŁˆْ Ų§Ł„ْŲŗَŲ§Ų¦ِŲØَ ŁƒَŲ£َŁ†ْ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų²َŁŠْŲÆٍ Ų£َŁˆْ Ų§Ł„ْŁƒَŲØِŁŠŲ±ِ Ų£َŁˆْ Ų§Ł„Ų°َّŁƒَŲ±ِ Ł…ِŁ†ْ Ų£َŁˆْŁ„َŲ§ŲÆِŁ‡ِ (ŁˆَŲ£َŲ®ْŲ·َŲ£َ) ŁَŲØَŲ§Ł†َ Ų¹َŁ…ْŲ±ًŲ§ Ų£َŁˆْ Ų§Ł„ŲµَّŲŗِŁŠŲ±َ Ų£َŁˆْ Ų§Ł„ْŲ£ُŁ†ْŲ«َŁ‰ (ŲØَŲ·َŁ„َŲŖْ) Ų£َŁŠْ Ł„َŁ…ْ ŲŖَŲµِŲ­َّ ŲµَŁ„َŲ§ŲŖُŁ‡ُ Ų„Ų°َŲ§ Ł„َŁ…ْ ŁŠُŲ“ِŲ±ْ Ų„Ł„َŁ‰ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¹َŁŠَّŁ†ِ

Artinya : “Maka jika seorang menentukan akan nama mayat yang hadir atau mayat yang ghaib seperti dia solat (dengan berniat) atas mayat Zaid atau mayat orang dewasa atau atas mayat lelaki dari anak-anaknya kemudian ternyata mayat yang sebenar adalah ‘Amr atau mayat kanak-kanak atau mayat perempuan maka batal solatnya artinya tidak sah solatnya itu apabila dia tidak mengisyaratkan kepada mayat yang tertentu.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

wallahua’lam 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo