NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bukan pertemuan rasmi, sekadar ‘terserempak’ dalam acara




PETALING JAYA
Selepas Presiden Umno Zahid Hamidi, kini Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor menafikan ada pertemuan rasmi antara pemimpin dua parti itu untuk membincangkan kerjasama menjelang PRU16.

Menteri besar Kedah berkata, kenyataan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan media Isnin lalu mungkin merujuk kepada pertemuan tidak formal seperti di Parlimen.

“Saya hadir dalam mesyuarat PAS tiada laporan pertemuan dan tak pernah dimaklumkan…saya pengarah pilihan raya kalau ada mesti diberitahu.

“Saya pun ada jumpa pemimpin Umno, DAP pun sama dan (menteri komunikasi) Fahmi Fadzil di Istana Negara (sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim).


Kalau berjumpa itu dikira pertemuan, saya jumpa selalulah. Tapi tak bincang hala tuju politik,

 katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Isnin lalu, sebuah media memetik kenyataan Fadhli mendakwa berlaku beberapa siri pertemuan PAS bersama pemimpin Umno ketika ini, bagi membincangkan kerjasama menjelang PRU16.

Fadhli berkata, pertemuan itu dibuat secara tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti, yang dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu.

Semalam, Zahid menyangkal dakwaan wujud perbincangan untuk menjalinkan kerjasama antara dua parti itu, sambil mengesahkan PAS tidak ada berjumpa dengannya.

Sebelum ini, bekas ahli MKT Umno, Isham Jalil, berkata parti itu perlu memutuskan segera sama ada untuk bersama PH atau bertanding solo dengan menggabungkan semula kekuatan parti Melayu-Islam menerusi Muafakat Nasional (MN).

Isham berkata, objektif utama sebelum PRU16 adalah untuk mengembalikan MN supaya parti Melayu-Islam iaitu PAS, Bersatu dan Umno bergabung untuk mencapai kemenangan.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo