NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Boleh kerjasama tapi jangan cetus kontroversi, pemimpin PN beritahu Urimai

N Balasubramaniam dan R Sri Sanjeevan berkata PN sedia kerjasama dengan Urimai diketuai P Ramasamy jika terima perjuangan gabungan itu.


PETALING JAYA: Pemimpin bukan Melayu dalam Perikatan Nasional (PN) mengingatkan Parti Urimai supaya tidak membawa perangai ‘seakan DAP’ dengan sering mencetuskan kontroversi jika mahu bekerjasama dengan gabungan itu.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam berkata pengerusi interimnya P Ramasamy ketika berada dalam DAP selalu dikaitkan dengan kontroversi termasuk menyerang pimpinan PAS.


“Jadi perkara itu perlu dikawal dan jangan bawa sikap serta budaya melampau seperti dalam DAP apabila bekerjasama nanti termasuk selalu menyerang pemimpin PAS.

“Kena juga elak buat kenyataan kontroversi boleh mencetuskan rasa tidak puas hati kaum lain,” katanya kepada FMT mengulas kesediaan Urimai bekerjasama dengan PN jika gabungan itu sedia memperjuangkan nasib orang bukan Melayu.


Ramasamy dipetik berkata Urimau sedia bekerjasama dengan gabungan politik kecuali Pakatan Harapan.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam maklum balasnya berkata PN sedia menjadikan Urimai sebagai rakan kerjasama tetapi tiada rancangan menerimanya sebagai komponen setakat ini.

Balasubramaniam berkata ketika ini sudah ada parti mewakili semua kaum dan jika ada parti baharu ia akan menyebabkan banyak isu seperti percanggahan pendapat dan perebutan kerusi dan lain-lain.

“Tapi Urimai lebih baik bantu dari luar gabungan untuk menguatkan PN.


“Masa PRU nanti kalau nak bertanding mungkin PN boleh pertimbang berdasar prestasi dan sumbanhan mereka,” katanya.

Ketua Penerangan sayap bersekutu Bersatu R Sri Sanjeevan pula berkata Urimai perlu menjiwai perjuangan PN jika mahu bekerjasama dan elak keluar kenyataan boleh memakan diri.

“Tak salah jika kenyataan kontroversi untuk kebaikan perjuangan dan rakyat, tetapi jangan sehingga makan diri,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo