NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BlackRock raih keuntungan menerusi jenayah perang zionis di Gaza



  • Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru syarikat-syarikat senjata Barat menghentikan penghantaran senjata ke Israel dengan alasan mereka berpotensi bersubahat dalam jenayah perang.
  • Pakar PBB juga memberi amaran bahawa pengurus aset seperti BlackRock dan bank-bank di Wall Street berkemungkinan menjana keuntungan hasil peperangan kejam Israel ke atas Gaza.
  • Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan akhbar diterbitkan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) 20 Jun lalu.
  • Pakar PBB menamakan syarikat kewangan Barat yang jelas melabur dalam industri persenjataan ini termasuk Alfried Krupp von Bohlen und Halbach-Stiftung, Amundi Asset Management, Bank of America, BlackRock, Capital Group, Causeway Capital Management, Citigroup, Fidelity Management & Research, INVESCO Ltd, JP Morgan Chase, Harris Associates, dan Morgan Stanley.
  • Nama lain termasuk Norges Bank Investment Management, Newport Group, Raven’s Wing Asset Management, State Farm Mutual Automobile Insurance, State Street Corporation, Union Investment Privatfonds, Vanguard Group, Wellington, dan Wells Fargo & Company.

Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru syarikat-syarikat senjata Barat menghentikan penghantaran senjata ke Israel dengan alasan mereka berpotensi bersubahat dalam jenayah perang.

Pakar PBB juga memberi amaran bahawa pengurus aset seperti BlackRock dan bank-bank di Wall Street berkemungkinan menjana keuntungan hasil peperangan kejam Israel ke atas Gaza.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan akhbar diterbitkan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) 20 Jun lalu.

“Penghantaran senjata dan peluru ke Israel mungkin terdiri daripada pelanggaran serius hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan berisiko menyumbang kerumitan negara dalam jenayah antarabangsa, barangkali termasuk genosid, kata pakar PBB hari ini, menegaskan tuntutan supaya dihentikan penghantaran tersebut dengan segera,” menurut kenyataan akhbar OHCHR tersebut.

Pakar hak asasi manusia PBB turut menyenaraikan penglibatan pengeluar dan pembekal senjata kepada Israel antaranya adalah BAE Systems, Boeing, Caterpillar, General Dynamics, Lockheed Martin, Northrop Grumman, Oshkosh, Rheinmetall AG, Rolls-Royce Power Systems, RTX dan ThyssenKrupp.

Pakar PBB turut menamakan syarikat kewangan Barat yang jelas melabur dalam industri persenjataan ini termasuk Alfried Krupp von Bohlen und Halbach-Stiftung, Amundi Asset Management, Bank of America, BlackRock, Capital Group, Causeway Capital Management, Citigroup, Fidelity Management & Research, INVESCO Ltd, JP Morgan Chase, Harris Associates, dan Morgan Stanley.

Nama lain termasuk Norges Bank Investment Management, Newport Group, Raven’s Wing Asset Management, State Farm Mutual Automobile Insurance, State Street Corporation, Union Investment Privatfonds, Vanguard Group, Wellington, dan Wells Fargo & Company.

“Kegagalan mencegah atau mengurangkan hubungan perniagaan mereka dengan pengeluar senjata yang menghantar senjata ke Israel boleh bermaksud dalam lingkungan bersubahat secara langsung dengan pelanggaran hak asasi manusia kepada turut menyumbang kepada mereka, dengan akibat berpotensi terlibat dalam jenayah kekejaman, kata para pakar,” menurut kenyataan akhbar OHCHR itu. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo