MalaysiaNow melaporkan, seorang rabai Yahudi menggesa penyokong perjuangan Palestin untuk terus memboikot syarikat yang dilihat bersekutu dengan I5r43l, dengan mengatakan ia seiring dengan usaha menamatkan penjajahan regim Zionis itu.
Rabai Yisroel Dovid Weiss, agamawan Yahudi yang terkenal dengan bantahan kerasnya terhadap fahaman Zionisme dan pendudukan I5r43l, berkata beliau tidak berniat untuk mengarahkan apa yang perlu dilakukan oleh mana-mana kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, tindakan berdamping dengan syarikat pro-Israel adalah sama dengan menyokong penjajahan Israel.
"Amat jelas bahawa orang ramai tidak sepatutnya menyokong penjajahan tersebut. Ini juga bermakna mereka tidak patut menyokong syarikat yang menyokong penjajahan itu.
"Mereka (Zionis) merupakan sebuah entiti jenayah dan oleh itu apa yang terpancar daripada mereka secara logiknya salah, dan secara logiknya anda tidak patut menyokongnya," kata Weis kepada portal itu ketika menghadiri Kolokium Gabungan NGO Malaysia : Bebaskan Palestin di Putrajaya semalam.
Sumber : Malaysia Now
#boikotsampaimerdeka
Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:
https://www.youtube.com/@beritapertiwi
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment