NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belum muktamad, tidak salah sekiranya Umno ‘berangan-angan’ nak kerusi Alor Setar

Keputusan mengenai pihak mana yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar pada PRU16 akan dibuat hasil rundingan, sebelum dimuktamadkan oleh pimpinan peringkat pusat, kata Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar. 



PETALING JAYA
Pakatan Harapan (PH) Kedah menganggap tuntutan Umno Alor Setar untuk bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU16 bukanlah keputusan muktamad dibuat pucuk pimpinan parti itu.

Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar berkata, perkara itu sekadar cadangan sahaja kerana keputusan muktamad akan dibuat selepas rundingan.

“Parti dalam komponen PH pun boleh buat usul untuk mengatakan ‘ini kerusi kami’ walaupun kerusi itu telah dikuasai oleh Perikatan Nasional (PN), tetapi itu bukan satu keputusan (muktamad).

Keputusan yang tu nanti hasil daripada rundingan, yang akan dimuktamadkan oleh pimpinan peringkat pusat nanti, 
katanya kepada FMT.

Sementara itu Pengerusi PKR Kedah Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah meminta semua parti tidak terlalu gopoh menuntut kerusi terlalu awal.

“Tidak jadi kesalahan untuk parti politik ada cita-cita dan angan-angan bertanding kerusi … (tetapi) belum masanya pun lagi nak bincang pasal agihan kerusi.

Matlamat akhir memasuki pilihan raya adalah untuk menang dan dapat bantu rakyat,
 katanya kepada FMT.

Pada PRU15, PN menerusi Afnan Hamimi Taib Azamudden menang kerusi Parlimen Alor Setar dengan majoriti 9,931 undi, mengalahkan calon PKR mewakili PH Simon Ooi Tze Min (27,555) dan calon Barisan Nasional Tan Chee Hiong (8,930).

Pada PRU14, PH menang kerusi itu dengan majoriti lebih 15,000.

Selain Parlimen Alor Setar, bahagian Umno itu menuntut DUN Suka Menanti atau Alor Mengkudu.

Pada PRN enam negeri termasuk di Kedah Ogos lepas, gabungan BN-PH kalah di Suka Menanti dan Alor Mengkudu.



Sumber | FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo